SISTEM SEMAKAN PERMOHONAN

BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Apa itu Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Bantuan Wang Ihsan (BWI) adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada individu atau keluarga yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut, atau kebakaran. Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan mangsa bencana dalam usaha memulihkan kehidupan mereka. .

[Image of a magnifying glass over documents]

Soalan Lazim

  • Apalah jenis bencana yang layak menerima BWI?: BWI layak diberikan untuk bencana alam utama seperti banjir, tanah runtuh, ribut.taufan, gempa bumi dan tsunami atau lain-lain seperti yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) / Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) / Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
  • Adakah kejadian banjir kilat layak menerima BWI?: Banjir kilat tidak diiktiraf sebagai kejadian bencana di bawah Arahan NADMA No.1.
  • Siapakah Ketua Isi Rumah (KIR)?: KIR adalah seorang lelaki atau perempuan yang dianggap sebagai ketua oleh ahli isi rumah atau ahli keluarga yang tinggal di sesuatu tempat kediaman di alamat yang sama.
  • Apakah Pusat Pemindahan Sementara (PPS)?: PPS adalah bangunan atau kawasan yang diisytiharkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang boleh digunakan untuk menempatkan mangsa sewaktu bencana seperti sekolah, dewan, balai raya, masjid dan lain-lain.
  • Apakah jenis rumah yang layak menerima BWI?: Rumah persendirian yang didiami oleh KIR semasa kejadian bencana berlaku.
  • Apakah jenis rumah yang tidak layak menerima BWI?: 1.Rumah yang tidak diduduki 2.Rumah yang tidak terkesan bencana (terkepung akibat banjir) 3.Unit rumah yang berbilang tingkat tidak terkesan bencana (tingkat atas) 4.Rumah setinggan 5.Rumah kedai 6.Premis perniagaan(homestay, hotel dan lain-lain.
  • Bagaimana saya boleh memohon BWI?: KIR mesti berpindah ke PPS atau mendaftar nama serta maklumat peribadi dengan petugas di PPS. KIR juga perlu mengemukakan Borang Akuan Permohonan BWI kepada petugas di PPS.